Berfikir sejenak
Pulau Pinang memang diketahui umum sebagai sebuah negeri paling mahal hartanahnya.
Maka demikian banyaklah bangunan yang di bina tanpa bilangan tempat letak kereta yang mencukupi.
Banyak jugalah kereta yang di letak di kawasan larangan letak kenderaan seperti di tepi simpang dan di atas divider.
Begitulah juga dengan jumlah kenderaan yang disaman kerana kesalahan meletak kenderaan di tempat yang tak sepatutnya ini- banyak!
Walaupun demikian, jumlah kenderaan yang tidak disaman kerana meletakkan kenderaan sesuka hati ini pasti lebih banyak. Pada hemat saya, hanya satu saman dikeluarkan untuk setiap 5 kesalahan. Yakni 4 salah laku terlepas tanpa dikenakan sebarang denda atau lebih tepat, tidak dikesan oleh pihak berwajib.
Pernahkah tuan/puan meletakkan kenderaan di tempat yang tak sepatutnya?
Berapa kalikah seumur hidup ini tuan/puan telah di saman sama ada oleh MPPP atau pun oleh Polis Trafik?
Saya amat yakin jumlah saman yang diterima tidak sebanyak kekerapan kesalahan itu dibuat dan diulang.
Perlukah kita berbangga dengan jumlah saman yang diterima? Sudah tentu tidak!
Patutkah pula kita berbangga setiap kali terlepas dari disaman?
Persoalan utama di sini berkenaan dengan sikap manusia.
Kenapa ramai yang meletak kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya? Kerana hendak cepat, hendak parking dekat dgn tempat yang di tujui.
Kerana ramai yang terlepas dari di denda. Jadi ramailah yang mencuba dan gembira bila terlepas.
Kenapa ramai yang terlepas?
Kerana penguatkuasaan longgar, tidak menyeluruh dan tidak bersepadu oleh polis dan mppp.
Jadi, adakah sebagai pemandu anda cuba seboleh mungkin menagguk di air yang keruh? Cuba sedaya upaya untuk mengambil kesempatan dari kelemahan pihak berkuasa ini dengan meletakkan kenderaan anda tanpa mengira tempat dengan harapan tidak disaman?
Pernahkah anda terfikir bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab anda boleh membawa padah kepada orang lain?
Cuba bayangkan, anda meletakkan kereta anda di tepi simpang, kurang 10 meter dari simpang. Secara langsung anda telah mengganggu pemandangan orang yang mahu masuk dan keluar dari simpang itu.
Bayangkan setelah anda meninggalkan kereta untuk menunaikan urusan anda, kemalangan berlaku.
Sebuah kereta lain datang masuk ke simpang tersebut melanggar kanak-kanak sekolah yang hendak melintas jalan. Puncanya kerana kanak-kanak ini tidak kelihatan atau terlindung oleh kereta anda tadi.
Siapa yang bersalah.
Pasti Polis akan menyalahkan pemandu yang melanggar kanak-kanak itu.
Tidak pernah polis menyalahkan kereta yang di parking dalam hal kemalangan.
Anda selamat!
Tapi bagaimana pula keadaannya jika kanak-kanak yang di langgar itu adalah anak anda?
Kerana mementingkan diri sendiri anda telah menyusahkan banyak pihak!
Fikir-fikirkanlah!
Sent via BlackBerry from Maxis
by doc transz | 1 comments
Episode 8 – Shocking Evidence Of The Pharaohs
Episode 8 – Shocking Evidence Of The Pharaohs
IKLAN KOMPENI KAWAN-KAWAN:
Special offer at online store for books from Malaysia
Posted in brethren of BN by doc transz | 0 comments
Episode 4 – antichrist arrived?
Episode 4 – anti-Christ arrival
http://www.arrivals.technocrazed.com/
IKLAN KOMPENI KAWAN-KAWAN:
Special offer at online store for books from Malaysia
Posted in brethren of BN by doc transz | 0 comments
mind control
That's the way the ruling class operates in any society.
They try to divide the rest of the people.
They keep the lower and the middle class fighting with each others.
So that they the rich can run of with all the f@cking money!
IKLAN KOMPENI KAWAN-KAWAN:
Special offer at online store for books from Malaysia
Posted in brethren of BN by doc transz | 0 comments
